AKTIVITI 3
TAJUK : PASANGANKU DIMANA
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat
menggunakan tangan untuk
memulas penutup botol.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN
: Botol plastik pelbagai saiz dan bentuk, gelung rotan, jam randik.
LANGKAH-
LANGKAH:
Guru member pesanan
kepada murid beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan supaya murid membawa
botol plastik pelbagai saiz.
SET INDUKSI:
1. Guru membawa murid ke
kawasan lapang.
2. Ketua kumpulan
membawa botol plastik yang dikumpul.
3. Guru meminta murid
membuat bulatan besar dan guru berada
di tengah- tengah bulatan.
4. Kemudian guru
mengeluarkan beberapa biji botol plastik kosong dan menyanyi lagu sambil
menepuk botol kosong.
LANGKAH PERMAINAN:
1. Guru meminta murid
membuka penutup botol dan mengasingkannya.
2. Kemudian, murid
berbaris mengikut kumpulan masing- masing.
3. Guru menyusun gelung
rotan dan meletakkan penutup botol pada stesen pertama dan botol plastik pada
stesen kedua.
4. Peserta akan
dilepaskan serentak, masa diberi selama 3 minit.
5. Murid akan berlari
menuju ke stesen pertama mengambil penutup botol.
6. Kemudian lari ke
stesen ke-2 untuk mencari botol yang sesuai dengan penutupnya.
7. Ketatkan penutup
botol pada botol palstik dan lari ke stesen ke-3.
8. Ulang langkah 4-6
dengan peserta lain sehingga masa yang ditetapkan tamat.
PENUTUP:
1. Kumpulkan yang
berjaya melengkapkan pasangan botol yang terbanyak dalam masa yang ditetapkan
dikira sebagai pemenang.
CATATAN:
Masa boleh diubah
mengikut kesesuaian.
No comments:
Post a Comment