AKTIVITI 6
TAJUK : BINA ISTANA PASIR
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat membina
istana pasir yang
kreatif.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN
: Pasir, acuan pelbagai bentuk, air, apron
SET INDUKSI:
1. Guru menunjukkan
pelbagai acuan plastik kepada murid.
2. Guru meminta murid
memberi cadangan aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan bahan tersebut.
AKTIVITI BINA
ISTANA PASIR
1. Guru membawa murid ke
tempat bermain pasir secara berkumpulan sambil membawa air di dalam baldi.
2. Murid juga
dikehendaki memakai apron sebelum aktiviti dilakukan.
3. Murid membuat bulatan
mengelilingi ruang berpasir dan bersama- sama merenjis air ke atas pasir
tersebut.
4. Murid meramas- ramas
pasir agar ia mudah dibentuk dan juga mudah dimasukkan ke dalam acuan.
5. Murid menggunakan
acuan yang dibawa untuk membentuk pelbagai binaan yang disukai.
6. Murid membina istana
pasir mengikut kreativiti masing- masing dengan bimbingan guru.
7. Selepas siap guru
meminta wakil dari kumpulan menceritakan hasil binaan (fungsi/ konsep) istana
tersebut.
8. Guru memberi cadangan
untuk menambahbaikan hasil kerja mereka.
PENUTUP:
Guru meminta murid-
murid merenjis air ke atas istana tersebut supaya keadaan menjadi seperti asal.
Murid perlu basuh tangan dengan sabun.
CATATAN:
Guru memastikan
supaya semua peralatan yang digunakan oleh murid telah dibersihkan. Guru juga
perlu menerapkan nilai- nilai murni supaya murid sentiasa menjaga kebersihan
diri dan persekitaran.
No comments:
Post a Comment