Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 15

TAJUK                : CARI APA DALAM PASIR
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat melompat dan skip dengan
                             lakuan yang betul sambil mengecam dan mengumpulkan
                               objek- objek yang terdapat di dalam pasir.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Gelun rotan, pasir, besen, kotak, bakul, biji saga, biji getah, daun,
                               anak batu, tudung botol, klip, kertas, pen, pemadam dan lain- lain
                                                                                                                                                                                           bahan yang sesuai.

SET INDUKSI:
1.    Murid berbaris dan dibawa ke padang oleh guru.
2.    Murid membuat bulatan besar dan guru/ ketua murid membimbing menjalankan aktiviti memanaskan badan.
3.    Guru membuat tunjukcara melompat dan skip dengan lakuan yang betul.



AKTIVITI:
1.    Susun murid dan peralatan seperti gambarajah di bawah.
2.    Sebelum permainan dimulakan, guru meminta murid- murid mengecam benda- benda seperti daun, anak batu, klip kertas, biji saga, buah getah, pemadam, pen dan lain- lain yang terdapat di dalam kotak.
·         Atur murid dan peralatan seperti gambarajah di bawah.
·         Sebelum permainan dimulakan, guru meminta murid- murid mengecam benda- benda seperti daun, anak batu, klip kertas, biji saga, buah getah, pen dan lain- lain yang terdapat di dalam kotak.















(Kumpulan A)

x x x x x x                                           10 m                          1m
 

                                                                               
(Kumpulan B)

x x x x x x                                            10 m                        1 m                               
 



x x x x x x                                            10 m                         1m
 



(Kumpulan A)                                                                                  
 

x x x x x x                                             10 m                          1m
 




3.    Arahan permainan:

·         Apabila wisel ditiup, murid yang berada paling hadapan bagi setiap kumpulan akan melompat ke dalam ketiga- tiga gelung tersebut dan seterusnya melakukan skip kea rah besen berisi pasir.
·         Mereka dikehendaki mengambil satu objek sahaja yang terdapat di dalam besen tersebut. Objek ini mestilah objek yang sama seperti apa yang mereka telah lihat di dalam kotak sebelum permainan bermula.
·         Objek yang dijumpai di dalam pasir ini diletakkan ke dalam bakul yang berada di hadapan mereka.
·         Selesai meletakkan objek tersebut, murid- murid ini dikehendaki pusing serta berlari semula ke kumpulan masing- masing dan mencuit tangan pemain kedua yang sedang menunggu.
·         Murid yang telah menjalankan aktiviti dikehendaki duduk di belakang kumpulan masing- masing.
·         Aktiviti ini diteruskan sehingga ke semua pemain telah menjalankan aktiviti tersebut.

PENUTUP:

1.    Guru dan murid sama- sama mengira objek yang dikumpulkan bagi setiap kumpulan. Satu markah diberikan kepada objek yang betul.
2.    Melalui markah yang dikumpul pada boring pemarkahan, murid menentukan pemenang tempat pertama sehingga tempat kelima.
3.    Menyemai nilai- nilai murni di dalam permainan.
4.    Aktiviti penyejukan badan.
5.    Mengemas peralatan.



CATATAN:

1.    Objek- objek selain dari apa yang dilihat di dalam kotak sebelum permainan bermula mestilah dicampurkan sekali didalam besen berisi pasir. Ini bertujuan untuk melatih murid berfikir dan mengingat semula serta dapat membuat pengecaman yang tepat.
2.    Aktiviti di atas boleh dijalankan sebanyak 1, 2 atau 3 pusingan bergantung kepada masa.


KUMPULAN
PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
PUSINGAN 3
JUMLAH MARKAH
Kumpulan A






Kumpulan B






CONTOH BORANG PEMARKAHAN







No comments:

Post a Comment