Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 7

TAJUK                : JOM ISI AIR
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat menuang air dari jug ke dalam
                               bekas seperti botol/ cawan/ gelas. Kanak- kanak juga dapat
                               menyukat air dalam bekas secara perbandingan sikit dan banyak.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Jug air, baldi, cawan/ gelas/ botol, balang, air berwarna.

SET INDUKSI:
1.    Guru bersoaljawab dengan murid mengenai teh tarik.
2.    Guru menunjukkan aksi membuat teh tarik menggunakan jug.

LANGKAH AKTIVITI:
1.    Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan kecil.
2.    Guru menyediakan 5 set peralatan permainan seperti berikut:
·         Jug air
·         Baldi
·         Cawan/ gelas/ botol
·         Baling
·         Air berwarna (merah, kuning, hijau, biru dan jingga).
3.    Guru meletakkan 5 set peralatan seperti berikut:
·         Stesen 1: Baldi (Air berwarna) dengan jug.
·         Stesen 2: Cawan/ gelas/ botol dengan balang.
4.    Jarak antara stesen 1 dan stesen 2 ialah 50 meter.
5.    Peserta pertama setiap kumpulan akan berdiri selari pada stesen 1 untuk permulaan.
6.    Seorang murid akan menceduk air dalam baldi menggunakan jug. Kemudian murid berlari membawa jug berisi air pergi ke stesen 2.
7.    Di stesen 2, murid akan menuang air ke dalam cawan. Kemudian air dalam cawan dituang ke dalam balang.
8.    Selepas itu, murid akan berlari semula kepada rakan dengan membawa jug untuk bertukar ganti di stesen 1.
9.    Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah air yang paling banyak dimasukkan ke dalam balang.
PENUTUP:
1.    Guru menerangkan kepada murid konsep cecair yang akan memenuhi ruang mengikut bekas yang ditakungnya.
2.    Guru menyatakan kepentingan air dalam kehidupan harian/ jimatkan penggunaan air.

CATATAN:
1.    Guru boleh menukar cecair dengan air berwarna.
2.    Guru juga boleh menjalankan permainan ini dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.










No comments:

Post a Comment