Tuesday, 25 September 2012


AKTIVITI 1

TAJUK                : LOMPAT GETAH
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat menguasai kemahiran motor   
                               motor halus dan motor kasar.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Gelang getah pelbagai warna, pembaris 1 meter, wisel.

SET INDUKSI:
1.    Murid berbaris dan dibawa ke padang oleh guru.
2.    Murid membuat bulatan besar dan menarik/ menghembus nafas.
3.    Guru menunjukkan beberapa kotak yang berisi gelang getah pelbagai warna iaitu merah, hijau, kuning.
4.    Minta murid meneka apa yang dibawa oleh guru dan kegunaannya.

LANGKAH:
1.    Murid dibahagi kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberi sekotak gelang getah. Minta murid mengasingkan gelang getah mengikut warna iaitu merah, hijau dan kuning.
2.    Murid membilang setiap gelang getah tersebut mengikut warna dan menyatakan kepada guru jumlah tersebut.
3.    Murid menulis angka pada setiap kumpulan gelang getah.
4.    Murid diminta menyambung getah untuk menjadi rantai berselang warna.
5.    Ukur panjang pintalan sehingga 2 meter iaitu 2 kali panjang pembaris.

PERMAINAN KECIL (LOMPAT GETAH)
1.    Murid berbaris mengikut kumpulan masing- masing.
2.    Minta 2 orang murid memegang pintalan getah itu.
3.    Jarak antara murid dengan rantai getah ialah 3 meter.
4.    Murid berlari ke arah rantai getah dan melompat mengikut giliran pada paras buku lali dan lutut serta mendarat dengan kedua- dua belah kaki menggunakan laluan yang betul. Aktiviti ini diulang beberapa kali.

PENUTUP:
1.    Murid membuat bulatan besar sambil memegang tangan.
2.    Murid menarik nafas dan tangan diangkat ke atas, menghembus nafas dan tangan di bawah.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti hari ini dan member nasihat agar menjaga kesihatan dengan cara bersenam.
4.    Murid berbaris masuk ke kelas.

CATATAN:
Guru boleh membuat aktiviti memanaskan badan (sebelum aktiviti) dan menyejukkan badan (selepas aktiviti).



No comments:

Post a Comment