Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 9

TAJUK                : BOTOL- BOTOL TUMBANG
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat menggolek objek ke sasaran
                               dengan tepat.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN               : Bola, botol plastik

SET INDUKSI:
1.    Semasa di dalam kelas guru menunjukkan video permainan bowling dan keratan akhbar tentang permainan bowling.
2.    Guru bersoaljawab tentang permainan tersebut.
·         “Pernahkah kamu lihat permainan ini?”.
·         “Di mana biasanya permainan ini dijalankan?”.
·         “Kamu nak main tak permainan ini?”.

AKTIVITI PERMAINAN:
1.    Guru menyediakan 10 biji botol plastik bersaiz sama.
2.    Botol- botol tersebut akan disusun seperti segitiga.
3.    Guru menyediakan bola untuk baling pada botol tersebut.
4.    Jarak yang sesuai antara kedudukan botol dan garis lontaran adalah 5- 10 meter.
5.    Bagi pengajaran individu murid akan membaling bola ke arah botol secara bergilir- gilir.
6.    Bagi pengajaran kumpulan, guru boleh membentuk 2- 5 kumpulan kecil bersesuaian dengan jumlah murid.
7.    Murid/ kumpulan yang berjaya mengumpul dan menjatuhkan botol yang paling banyak akan dikira pemenang.





PENUTUP:
1.    Guru mengumpulkan murid dalam kumpulan dan membuat aktiviti penyejukan badan.
2.    Guru boleh juga menyanyi bersama- sama murid semasa berjalan pulang ke kelas.
CATATAN:
1.    Guru boleh memperbagaikan jenis bola mengikut kesesuaian murid (bola jarring, bola sepak, bola takraw an lain- lain).







No comments:

Post a Comment