Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 12

TAJUK                : MANA HURUF BESAR SAYA
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat berlari dengan lakuan yang      
                               Betul sambil memadamkan huruf kecil dengan huruf besar.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : 2 buah meja – untuk letak kad manila dan bakul berisi huruf.
                               Blue tack – telah dilekatkan pada belakang setiap kad.
                               Bakul kecil – 2 buah
                               Kad- kad huruf besar- isikannya di dalam bakul
                               Gelung rotan – 4, wisel dan jam randik


SET INDUKSI:
1.    Murid berbaris dan dibawa ke padang oleh guru.
2.    Murid membuat bulatan besar dan guru/ ketua murid membimbing mereka menjalankan aktiviti memanaskan badan.
3.    Guru membuat tunjuk cara berlari dengan lakuan yang betul dan beberapa orang murid diminta melakukannya.

LANGKAH PENGAJARAN:
1.    Susun murid dan peralatan seperti di bawah.

(Kumpulan A)                                                            (Kumpualn B)
 

            xxxxxx                    10 m                          10 m                   xxxxxx
 



 xxxxxx                   10 m                           10 m                    xxxxxx

 










2.    Arahan permainan:
·         Apabila wisel ditiup, murid paling hadapan dari kedua- dua kumpulan A dikehendaki berlari ke arah meja dan memilih satu kad huruf besar di dalam bakul. Kad tersebut perlu dipadankan dengan salah satu huruf kecil yang telah ditulis pada kad manila. (semua kad huruf besar dalam bakul perlu dilekatkan ‘blue tack’ dibelakangnya).
·         Apabila selesai melekatkannya, murid tersebut dikehendaki terus berlari ke hadapan untuk mencuit tangan rakan kumpulan B.
·         Murid hadapan dari kumpulan B akan meneruskan aktiviti seperti di atas. (Aktiviti ini melibatkan murid berlari secara ulang alik sehingga wisel dibunyikan dalam masa 5- 8 minit.
·         Murid yang menunggu giliran iaitu yang paling hadapan dikehendaki bergerak masuk ke dalam gelung rotan.
·         Markah diberi berdasarkan kepada jumlah jawapan yang betul.
·         Guru boleh menjalankan aktiviti ini untuk beberapa pusingan.


PENUTUP:
1.    Mengira markah yang telah dikumpulkan bersama- sama. Murid mentebut kumpulan mana yang mendapat markah yang lebih tinggi. Kumpulan yang mendapat markah yang lebih tinggi adalah pemenang.
2.    Aktiviti penyejukan badan.
3.    Mengemas peralatan.


CATATAN:
1.    Masa permainan adalah mengikut kesesuaian.
2.    Boleh dijalankan beberapa pusingan.
3.    Di samping murid dilatih dengan lakuan yang betul, murid dapat memperkukuhkan kemahiran mengenal huruf kecil dan huruf besar.








No comments:

Post a Comment