Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 11

TAJUK                : HALANGAN KOMANDO
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat meningkatkan kemahiran
                             Koordinasi motor kasar.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Gelung rotan, bangku rendah, bangku tinggi dan tilam

SET INDUKSI:
1.    Guru menyuruh murid menyanyi lagu Katak Si Katak Lompat mengikut melodi yang dimainkan.

AKTIVITI HALANGAN KOMANDO:
1.    Guru menyediakan 4 stesen halangan seperti berikut:
2.    Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan kecil.
3.    Setiap murid melakukan lompatan dengan dua belah kaki mengikut stesen secara urutan.
4.    Di stesen 1, murid melompat ke dalam gelung rotan. Jarak antara gelung rotan 30- 60cm.
5.    Di stesen 2, murid melompat melepasi 3 buah bangku satu persatu. Ketinggian bangku adalah 10- 12 cm.
6.    Di stesen 3, murid melompat 1 buah bangku tinggi. Ketinggian bangku adalah 20- 30 cm.
7.    Di stesen 4, murid merangkak di atas tilam untuk ke garisan penamat.
8.    Setelah murid/ kumpulan menamatkan halangan ini, guru boleh mengulang semula aktiviti tersebut dari stesen 1 hingga 4 atau dari 4 hingga 1.

                     S1                          S2          S3          S4
 

Mula                                                                                                                          Tamat
                                                                                                                               

PENUTUP:
1.    Setelah selesai guru harus membuat aktiviti penyejukan badan sebelum pulang ke kelas.
2.    Pastikan murid bersama- sama mengemas alatan yang telah digunakan.


CATATAN:
1.    Bagi pengajaran nombor, guru boleh melekatkan setiap bahan yang digunakan dengan nombor.
2.    Bagi mengenal huruf, guru boleh melekatkan setiap bahan yang digunakan dengan abjad/ huruf.
3.    Bagi kemahiran membaca, guru boleh melekatkan suku kata terbuka pada stesen 1, sukukata tertutup pada stesen 2, perkataan pada stesen 3 dan ayat mudah pada stesen 4.




No comments:

Post a Comment