Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 17        

TAJUK                : MULUT ITIK
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat berjalan dengan membawa
                               Bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN               : Bola ping pong, sudu skital


SET INDUKSI:
1.    Guru menbawa murid ke padang.
2.    Murid melakukan senaman memanaskan badan.
3.    Guru mengarahkan murid membuat pergerakan mulut dengan bebas seperti membuka, menutup dan muncung.


LANGKAH- LANGKAH:
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Kemudian kumpulan tersebut diasingkan pula kepada 2 kumpulan kecil dan dikehendaki berbaris dengan jarak 20m secara bertentangan. Guru mengedarkan bola ping pong dan sudu kepada setiap murid.
1.    Guru menjelaskan cara aktiviti dijalankan iaitu: murid perlu membawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut sambil berjalan silang di antara skital.
2.    Apabila murid sampai di hujung skital, ahli kumpulan yang sedang menunggu di hujung akan melakukan perkara yang sama iaitu membawa bola ping pong kembali ke tempat permulaan.
3.    Sekiranya bola ping pong jatuh, murid dikehendaki mengulangi aktiviti dari tempat permulaan.
4.    Aktiviti ini dilakukan sehingga murid terakhir selesai melakukannya.
5.    Kumpulan yang Berjaya menamatkan aktiviti lebih awal dianggap sebagai pemenang.


PENUTUP:
1.    Guru meminta semua murid mengumpulkan alatan secara berkumpulan.
2.    Semua murid dikehendaki berkumpul untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan sebelum masuk ke kelas.








AKTIVITI 18

TAJUK                : AISKRIM GERGASI
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat berlari sambil membawa kon
                               Bersaiz sederhana yang berisi bola.
                               membawa bola ping pong di dalam sudu sambil berjalan.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Skital dan bola bersaiz sederhana, gelung, skital besar


SET INDUKSI:

1.    Guru membawa murid ke padang.
2.    Murid melakukan senaman memanaskan badan dengan bimbingan guru.
3.    Bersoaljawab dengan murid tentang nama makanan yang berbentuk kon.
4.    Melakukan aktiviti berlari bebas dalam kawasan yang ditentukan.


LANGKAH- LANGKAH:

1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru mengadakan tunjukcara untuk melakukan aktiviti.
3.    Setiap ahli kumpulan perlu berada di dalam gelung rotan yang disediakan bagi memulakan aktiviti.
4.    Setiap murid akan membawa bola dalam kon dengan berlari pada jarak 10 meter dan mengelilingi skital yang disediakan sebelum berpatah balikkepada rakan- rakan yang lain.
5.    Aktiviti ini dilakukan sehingga murid terakhir selesai melakukannya.
6.    Kumpulan yang Berjaya menamatkan aktiviti lebih awal dianggap sebagai pemenang.


PENUTUP:

1.    Guru meminta semua murid mengumpulkan alatan secara berkumpulan.
2.    Semua murid dikehendaki berkumpul untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan sebelum masuk ke kelas.








No comments:

Post a Comment