AKTIVITI 16
TAJUK : SERONOKNYA NAIK TURUN TANGGA
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat naik
dan turun tangga
sambil mengumpulkan bola.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN : Bakul, bola plastik kecil, wisel
SET INDUKSI:
1. Murid membuat bulatan besar dan guru/ ketua murid
membimbing menjalankan aktiviti memanaskan badan.
2. Membawa murid ke kawasan yang mempunyai tangga.
3. Guru membuat tunjukcara naik dan turun tangga.
AKTIVITI:
1. Susun murid dan peralatan seperti gambarajah di bawah.
![]() |
2. Arahan permainan:
·
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
·
Apabila wisel ditiup, murid yang paling hadapan dari kumpulan pertama
akan mengambil sebiji bola dari bakul biru dan dibawa menaiki tangga.
·
Bola tersebut diletakkan ke dalam bakul merah dan murid ini dikehendaki
turun semula ke bawah dengan menggunakan tangga yang sama.
·
Apabila sampai ke bawah ia dikehendaki mencuit tangan rakannya yang
kedua.
·
Murid kedua akan melakukan aktiviti yang sama seperti di atas.
·
Aktiviti akan diteruskan sehingga guru meniup wisel (lebih kurang 5
minit).
·
Setiap murid boleh menjalankan aktiviti ini lebih dari sekali bergantung
kepada masa. Mereka perlu megumpulkan sebanyak mungkin bola di dalam bakul
tersebut.
·
Selepas kumpulan 1 tamat, guru dan murid akan mengira terus jumlah
bilangan bola yang dikumpul. Bilangan bola yang dikumpul dicatatkan di dalam
boring pemarkahan.
·
Seterusnya kumpulan kedua dan kumpulan- kumpulan berikutnya akan menjalankan
aktiviti yang sama.
PENUTUP:
1. Guru meminta murid membuat perbandingan markah yang
telah diperolehi di antara 5 kumpulan tersebut.
2. Murid menyatakan kumpulan mana yang mendapat tempat
pertama sehingga kelima.
3. Menyemai nilai- nilai murni di dalam kumpulan.
4. Aktiviti penyejukan badan.
5. Mengemas peralatan.
CATATAN:
Semasa aktiviti berjalan, murid- murid dari kumpulan
lain yang menunggu giliran dikehendaki bertepuk tangan dan member semangat
kepada rakan- rakan yang sedang bermain.
No comments:
Post a Comment