Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 10

TAJUK                : KETINTING AISKRIM
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat berjengket dengan
                               menggunakan sebelah kaki dan mengimbang badan semasa
                               melompat.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN               : Kad nombor 1- 5
                               Token (mengikut bilangan pemain)
                               Rajah ketinting
                               Kad senarai semak

SET INDUKSI:
1.    Guru membawa murid ke gelanggang.
2.    Murid membuat bulatan besar dan melakukan senaman ringkas bagi memanaskan badan.
3.    Kemudian murid akan diperdengarkan dengan muzik rancak.
4.    Minta murid berjengket dan menari bebas mengikut muzik tersebut.

PERMAINAN KETINTING:
1.    Guru melukis 5 set garisan ketinting menggunakan kapur dan minta murid perhatikan garisan tersebut.
2.    Kemudian guru menulis nombor 1- 5 pada setiap petak ketinting tersebut.
3.    Murid diberi satu token daripada pundi kacang berlainan warna.
4.    Murid yang mendapat undian pertama akan memulakan permainan ini. Murid tersebut hendaklah melontar tokennya ke mana- mana nombor yang terdapat pada ketinting.
5.    Sekiranya murid tersebut melontar ke dalam petak nombor 3, maka murid tersebut hendaklah melompat bermula  dari petak 1, 2 tinggalkan petak 3, seterusnya melompat ke petak 4 dan 5.
6.    Setelah itu murid tersebut berpusing balik dan mengambil token di petak nombor 3 tadi dan boleh memijak petak tersebut hingga ke petak 1.
7.    Setelah murid menamatkan permainannya, murid tersebut dikehendaki mengambil kad nombor yang sama dengan nombor yang telah dipilih pada petak ketinting tadi. Kemudian dia menunjukkan kepada guru nombor tersebut.
8.    Setelah itu, murid hendaklah menulis nombor tersebut pada kedudukan namanya sendiri pada senarai semak yang disediakan.

NAMA MURID
SKOR
SKOR
SKOR
JUMLAH

























Contoh senarai semak

Text Box: 3 Text Box: 4 Text Box: 5
 


Contoh kad nombor

PENUTUP:
1.    Selepas aktiviti ini guru dan murid boleh bersama- sama mengira jumlah skor yang diperolehi.
2.    Guru juga harus menerangkan permainan ini adalah permainan tradisional yang harus dipelihara.

CATATAN:
1.    Guru boleh membuat bentuk ketinting lain yang dirasakan sesuai dengan tradisi setempat.


No comments:

Post a Comment