AKTIVITI 8
TAJUK : TIRU MACAM SAYA
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat berjalan
di atas bangku dengan
mengimbang badan.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN
: Bangku panjang, wisel, gelung rotan.
SET INDUKSI:
1. Guru membawa murid
keluar kelas.
2. Guru membahagikan
murid kepada 5 kumpulan.
3. Guru memasang muzik
rancak dan minta murid berlari sambil mendepa tangan seperti burung (2minit).
4. Setelah itu minta
murid berbaris mengikut kumpulan masing- masing.
AKTIVITI
IMBANGAN:
1. Guru menyediakan 2
gelung rotan dan bangku panjang yang rendah.
2. Murid akan melompat
dua belah kaki ke dalam gelung rotan, kemudian menaiki kerusi panjang dan
berjalan sambil mengimbang diri sehingga tamat.
3. Apabila tamat murid
dikehendaki berlari semula ke arah rakan.
4. Seterusnya murid
kedua akan melakukan aktiviti yang sama sehingga semua peserta selesai.
5. Jika jatuh, murid
akan mengulang semula dari awal.
PENUTUP:
1. Guru membuat senaman
ringan untuk menyejukkan badan.
2. Guru bersoaljawab
dengan murid tentang perasaan mereka setelah menjalankan aktiviti tersebut
(gembira, takut, ingin mencuba lagi).
CATATAN:
Guru boleh meminta
murid:
·
Berjalan secara perlahan.
·
Berjalan dengan laju
·
Berjalan dengan meletakkan beban (pundi kacang atau
buku di atas kepala).
No comments:
Post a Comment