Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 14

TAJUK                : MARI KITA GOLEK, LEMPAR DAN BAWA
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat menjatuhkan skital dengan
                            menggunakan bola, menggolek bola memasuki lubang dan
                               membawa bola ping pong di dalam sudu sambil berjalan.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Skital kecil, gelung rotan, bola hoki, sudu, bola ping pong, wisel,
                               Bola besar/ sederhana besar.

1. arahan permainan:
·         Apabila wisel ditiup, murid paling hadapan akan mula berlari ke stesen 1 untuk menjalankan aktiviti. (2 tempat perlawanan berjalan serentak).
 *bola yang tidak memasuki lubang akan dikembalikan semula kepada murid tersebut oleh penjaga stesen untuk digolek sehingga masuk.
·         Setelah bola tersebut memasuki lubang, murid ini akan terus berlari ke stesen 2 untuk menjalankan aktiviti.
·         Apabila skital dapat dijatuhkan, murid ini akan terus berlari ke stesen 3 untuk menjalankan aktiviti berikutnya. Setelah berjaya membawa bola ping pong sambil berjalan, murid ini dikehendaki berlari mencuit tangan pemain kedua.
·         Aktiviti di atas diteruskan sehingga semua pemain menjalankan aktiviti dan kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dianggap sebagai pemenang.

PENUTUP:
1.    Guru mengumumkan kumpulan yang memenangi perlawanan tersebut.
2.    Menyemai nilai- nilai murni di dalam permainan.
3.    Aktiviti penyejukan badan.
4.    Mengemas peralatan.

CATATAN:
Tugas penjaga stesen 1
1.    Bola yang tidak memasuki lubang akan dikembalikan semula oleh pejaga stesen kepada murid berkenaan untuk digolek sehingga masuk.
2.    Menyerahkan bola kepada pemain berikutnya.
Tugas penjaga stesen 2
1.    Bola yang tidak terkena pada sasaran akan dikembalikan semula oleh penjaga stesen kepada pemain sehingga ia berjaya.
2.    Membetulkan semula kedudukan skital yang telah dijatuhkan kepada keadaan asalnya.
3.    Menyerahkan bola kepada pemain berikutnya.
Tugas penjaga stesen 3
1.    Memberikan sudu dan bola ping pong kepada pemain.
2.    Selepas tamat permainan pertama, pemain kedua boleh dijalankan dengan cara menukarkan penjaga stesen sebagai pemain dan pemain tadi menjadi penjaga stesen.





No comments:

Post a Comment