Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 4

TAJUK                : BOLA AIR
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat menyambut objek dengan
                             Menggunakan dua belah tangan.
TEMPOH MASA: 60 minit
BAHAN               : Belon, air, cawan palstik, baldi, jarum peniti.

SET INDUKSI:
1.    Guru membawa murid ke padang.
2.    Guru membawa plastik hitam yang berisi belon yang sudah ditiup.
3.    Guru meminta murid merasa menggunakan tangan, teka apakah objek yang dibawa oleh guru.
4.    Pilih seorang murid dan minta murid cucuk dengan jarum peniti objek tersebut (dengan pemerhatian guru).
5.    Apabila belon pecah, buka plastik dan lihat belon yang sudah pecah.
6.    Tiup satu belon dan ikat. Guru berbual dengan murid tentang belon tersebut.
·         “Apakah nama objek ini?”  ..............belon
·         “apakah yang ada dalam belon ini?”  ............udara
·         “Kenapa belon ini pecah?”  ............dicucuk jarum, tekanan luar dan dalam berbeza
·         “Nyatakan perbezaan saiz sebelum dan selepas belon ini pecah?” 
.............besar/kecil
·         “Apakah bunyi yang terhasil sebelum dan selepas belon ini pecah?”...........minta murid buat bunyi tersebut.

JOM MAIN ISI AIR DALAM BELON
1.    Murid berbaris dalam kumpulan iaitu 3 kumpulan.
2.    Guru menyusun gelung rotan di hadapan setiap kumpulan dan meletakkan satu baldi air dan satu cawan plastik.
3.    Pada jarak 5 meter letak satu gelung rotan dan satu belon.
4.    4 orang murid akan menunggu di stesen 1 dan seorang lagi menunggu di stesen 2.
5.    Peserta pertama akan mencedok air dan membawa dengan cawan ke stesen 2.
6.    Apabila sampai di stesen 2, murid akan menuang air ke dalam belon yang dipegang oleh rakan di stesen 2.
7.    Kemudian murid pertama akan berpatah balik ke stesen 1 dan peserta
ke-2 mengulangi langkah yang sama sehingga belon dipenuhi air.
8.    Apabila belon dipenuhi air dan saiznya besar, guru menolong murid mengikat belon tersebut.

PENUTUP:
Apabila selesai aktiviti ini guru boleh minta murid pecahkan belon yang berisi air dan lihat perubahan yang berlaku. Guru buat rumusan daripada aktiviti dan menyatakan nilai- nilai murni kerjasama dalam setiap kumpulan.








No comments:

Post a Comment