AKTIVITI 13
TAJUK : MARI MAIN UNDUR- UNDUR
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat berjalan
mengundur sambil
membawa bola.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN : Bola besar- 2biji,
Gelung rotan- 4
Tali raffia- untuk laluan
SET INDUKSI:
1. murid berbaris dan
dibawa ke padang oleh guru.
2. Murid membuat bulatan
besar dan guru/ ketua murid membimbing mereka menjalankan aktiviti memanaskan
badan.
3. Guru membuat
tunjukcara berjalan mengundur dengan lurus.
AKTIVITI:
1. Susun murid dan
peralatan.
2. Arahan permainan:
·
Wisel ditiup dan murid paling hadapan dari kdua- dua
kumpulan A dikendaki berjalan mengundur mengikut laluan yang telah dibuat
secara serentak ke arah murid kumpulan B sambil memegang bola.
·
Apabila sampai pada murid pertama di kumpulan B, murid
A ini dikendaki memberikan bola tersebut melalui atas kepalanya dan diambil
oleh murid B. (semasa ini murid B mengadap ke hadapan dan murid A masih dalam
keadaan membelakangkan murid B)
·
Apabila murid B mendapat bola tersebut, ia akan
memusingkan badannya dan mengundur sambil membawa bola tersebut kepada murid
kumpulan A di hadapannya. Bola diberikan melalui kepalanya seperti yang telah
diterangkan di atas.
·
Aktiviti ini berterusan sehingga semua murid
menjalaninya.
·
Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan
dianggap sebagai pemenang.
CATATAN:
1. Semasa pemain
mengundur dan sampai pada rakannya, pemain tersebut dikehendaki berhenti dan
memberikan bola yang dipegang melalui kepalanya.
2. Murid yang mendapat
bola dari rakannya, dikehendaki memusingkan badan dan terus berjalan secara
mengundur.
3. Murid yang telah
selesai menjalankan aktiviti dikehendaki duduk di barisan belakang kumpulan.
(supaya tidak keliru dengan murid yang belum menjalankan aktiviti).
4. Tali digunakan untuk
mempasikan murid- murid dapat mengundur dengan lurus.
No comments:
Post a Comment