Monday, 10 September 2012

      Bermain adalah perkara penting dalam proses tumbesaran kanak- kanak kerana ia membentuk bukan saja pertumbuhan fizikal, kognitif (mental) tetapi turut membabitkan perkembangan emosi serta sosial (budaya) kanak- kanak. aktiviti berkenaan bukanlah satu paksaan sebaliknya lebih kepada keinginan semula jadi mereka terhadap apa yang boleh memberikan kegembiraan dan kepuasan tanpa memikirkan kesan bagi setiap aktiviti dilakukan.
      ketika bermain juga kanak- kanak belajar menggunakan anggota tubuh badan mereka secara semulajadi terutama otot tangan dan kaki yang menjadi semakin kuat dan lebih baik hasil daripada aktiviti berlari, memanjat dan melompat. bukan itu sahaja, kanak- kanak secara semulajadinya mempunyai jumlah tenaga yang banyak. Oleh itu, hanya melalui bermain mereka berupaya membakar tenaga berkenaan yang mana ia berupaya membantu mereka tidur dan makan dengan lebih baik. Ini jelas diperhatikan dalam perkembangan psikologi motor yang mana adanya keseimbangan dan pergerakan badan membolehkan kanak- kanak melahirkan perasaan mereka dengan cara paling optimum.
     Selain itu, bermain juga dapat memberi pengalaman mengenai keadilan, peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Daripada segi perkembangan kognitif, kanak- kanak belajar cara menggunakan fikiran mereka melalui deria rasa sama ada dengan melihat, merasa, mendengar, menghidu serta merasai elemen hidup berbeza antaranya saiz, warna, tekstur dan berat.
     Perkembangan sosial pula berlaku apabila kanak- kanak berkenaan berhubungan dengan orang lain. sebagai contoh, ketika kemahiran bercakap dan mendengar berkembang, mereka akan mula berkomunikasi dan apabila bermain secara tidak langsung memberikan lebih banyak tindak balas dua hala.
     Bagi perkembangan emosi, ia membantu kanak- kanak untuk berasa gembira yang mana mereka belajar cara untuk mengawal pergerakan serta tindak balas badan mereka.








No comments:

Post a Comment