Saturday, 25 May 2013

NAMA PELAJAR: KAMARIAH BINTI AHMAD

NO KAD PENGENALAN: 850227-08-6234

NO TEL: -

KUMPULAN/ UNIT: KDPM KDC KEMAS AMBILAN NIV 2010

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: EN. RIDZA AHMAD NIZAM BIN ABDUL RAOF

MAKLUMAT SEKOLAH: TABIKA KEMAS PANGKOR


Wednesday, 3 October 2012


AKTIVITI 14

TAJUK                : MARI KITA GOLEK, LEMPAR DAN BAWA
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat menjatuhkan skital dengan
                            menggunakan bola, menggolek bola memasuki lubang dan
                               membawa bola ping pong di dalam sudu sambil berjalan.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Skital kecil, gelung rotan, bola hoki, sudu, bola ping pong, wisel,
                               Bola besar/ sederhana besar.

1. arahan permainan:
·         Apabila wisel ditiup, murid paling hadapan akan mula berlari ke stesen 1 untuk menjalankan aktiviti. (2 tempat perlawanan berjalan serentak).
 *bola yang tidak memasuki lubang akan dikembalikan semula kepada murid tersebut oleh penjaga stesen untuk digolek sehingga masuk.
·         Setelah bola tersebut memasuki lubang, murid ini akan terus berlari ke stesen 2 untuk menjalankan aktiviti.
·         Apabila skital dapat dijatuhkan, murid ini akan terus berlari ke stesen 3 untuk menjalankan aktiviti berikutnya. Setelah berjaya membawa bola ping pong sambil berjalan, murid ini dikehendaki berlari mencuit tangan pemain kedua.
·         Aktiviti di atas diteruskan sehingga semua pemain menjalankan aktiviti dan kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dianggap sebagai pemenang.

PENUTUP:
1.    Guru mengumumkan kumpulan yang memenangi perlawanan tersebut.
2.    Menyemai nilai- nilai murni di dalam permainan.
3.    Aktiviti penyejukan badan.
4.    Mengemas peralatan.

CATATAN:
Tugas penjaga stesen 1
1.    Bola yang tidak memasuki lubang akan dikembalikan semula oleh pejaga stesen kepada murid berkenaan untuk digolek sehingga masuk.
2.    Menyerahkan bola kepada pemain berikutnya.
Tugas penjaga stesen 2
1.    Bola yang tidak terkena pada sasaran akan dikembalikan semula oleh penjaga stesen kepada pemain sehingga ia berjaya.
2.    Membetulkan semula kedudukan skital yang telah dijatuhkan kepada keadaan asalnya.
3.    Menyerahkan bola kepada pemain berikutnya.
Tugas penjaga stesen 3
1.    Memberikan sudu dan bola ping pong kepada pemain.
2.    Selepas tamat permainan pertama, pemain kedua boleh dijalankan dengan cara menukarkan penjaga stesen sebagai pemain dan pemain tadi menjadi penjaga stesen.






AKTIVITI 18

TAJUK                : AISKRIM GERGASI
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat berlari sambil membawa kon
                               Bersaiz sederhana yang berisi bola.
                               membawa bola ping pong di dalam sudu sambil berjalan.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Skital dan bola bersaiz sederhana, gelung, skital besar


SET INDUKSI:

1.    Guru membawa murid ke padang.
2.    Murid melakukan senaman memanaskan badan dengan bimbingan guru.
3.    Bersoaljawab dengan murid tentang nama makanan yang berbentuk kon.
4.    Melakukan aktiviti berlari bebas dalam kawasan yang ditentukan.


LANGKAH- LANGKAH:

1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru mengadakan tunjukcara untuk melakukan aktiviti.
3.    Setiap ahli kumpulan perlu berada di dalam gelung rotan yang disediakan bagi memulakan aktiviti.
4.    Setiap murid akan membawa bola dalam kon dengan berlari pada jarak 10 meter dan mengelilingi skital yang disediakan sebelum berpatah balikkepada rakan- rakan yang lain.
5.    Aktiviti ini dilakukan sehingga murid terakhir selesai melakukannya.
6.    Kumpulan yang Berjaya menamatkan aktiviti lebih awal dianggap sebagai pemenang.


PENUTUP:

1.    Guru meminta semua murid mengumpulkan alatan secara berkumpulan.
2.    Semua murid dikehendaki berkumpul untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan sebelum masuk ke kelas.








AKTIVITI 17        

TAJUK                : MULUT ITIK
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat berjalan dengan membawa
                               Bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN               : Bola ping pong, sudu skital


SET INDUKSI:
1.    Guru menbawa murid ke padang.
2.    Murid melakukan senaman memanaskan badan.
3.    Guru mengarahkan murid membuat pergerakan mulut dengan bebas seperti membuka, menutup dan muncung.


LANGKAH- LANGKAH:
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Kemudian kumpulan tersebut diasingkan pula kepada 2 kumpulan kecil dan dikehendaki berbaris dengan jarak 20m secara bertentangan. Guru mengedarkan bola ping pong dan sudu kepada setiap murid.
1.    Guru menjelaskan cara aktiviti dijalankan iaitu: murid perlu membawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut sambil berjalan silang di antara skital.
2.    Apabila murid sampai di hujung skital, ahli kumpulan yang sedang menunggu di hujung akan melakukan perkara yang sama iaitu membawa bola ping pong kembali ke tempat permulaan.
3.    Sekiranya bola ping pong jatuh, murid dikehendaki mengulangi aktiviti dari tempat permulaan.
4.    Aktiviti ini dilakukan sehingga murid terakhir selesai melakukannya.
5.    Kumpulan yang Berjaya menamatkan aktiviti lebih awal dianggap sebagai pemenang.


PENUTUP:
1.    Guru meminta semua murid mengumpulkan alatan secara berkumpulan.
2.    Semua murid dikehendaki berkumpul untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan sebelum masuk ke kelas.








AKTIVITI 18

TAJUK                : AISKRIM GERGASI
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat berlari sambil membawa kon
                               Bersaiz sederhana yang berisi bola.
                               membawa bola ping pong di dalam sudu sambil berjalan.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Skital dan bola bersaiz sederhana, gelung, skital besar


SET INDUKSI:

1.    Guru membawa murid ke padang.
2.    Murid melakukan senaman memanaskan badan dengan bimbingan guru.
3.    Bersoaljawab dengan murid tentang nama makanan yang berbentuk kon.
4.    Melakukan aktiviti berlari bebas dalam kawasan yang ditentukan.


LANGKAH- LANGKAH:

1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru mengadakan tunjukcara untuk melakukan aktiviti.
3.    Setiap ahli kumpulan perlu berada di dalam gelung rotan yang disediakan bagi memulakan aktiviti.
4.    Setiap murid akan membawa bola dalam kon dengan berlari pada jarak 10 meter dan mengelilingi skital yang disediakan sebelum berpatah balikkepada rakan- rakan yang lain.
5.    Aktiviti ini dilakukan sehingga murid terakhir selesai melakukannya.
6.    Kumpulan yang Berjaya menamatkan aktiviti lebih awal dianggap sebagai pemenang.


PENUTUP:

1.    Guru meminta semua murid mengumpulkan alatan secara berkumpulan.
2.    Semua murid dikehendaki berkumpul untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan sebelum masuk ke kelas.








AKTIVITI 20


AKTIVITI 20

TAJUK                : ACI SOROK
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat belajar mematuhi disiplin
       ketika bermain dengan rakan sebaya. Latihan mengira nombor  
       dalam lingkungan 20
TEMPOH MASA: Tiada had masa



LANGKAH PENGAJARAN:
1.    Kanak- kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan ini dan mereka bermain bersama- sama. Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari.
2.    Manakala pemain lain dikenali sebagai “awak- awak”. Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan dari 1 hingga ke 20.
3.    Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.
4.    Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan “ibu” apabila Berjaya mempunyai salah seorang pemain.




AKTIVITI 19 GETAH ATAS PARA


AKTIVITI 19

TAJUK                : GETAH ATAS PARA
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat belajar mematuhi disiplin
       ketika bermain dengan rakan sebaya. Latihan koordinasi motor
                               halus dan motor kasar.
TEMPOH MASA: Tiada had masa
BAHAN               : Skital dan bola bersaiz sederhana, gelung, skital besar



LANGKAH PENGAJARAN:

1.    Pemain individu ini sering dimainkan oleh kanak- kanak lelaki.
2.    Hanya memerlukan kawasan gelanggang yang sederhana besar.
3.    Tidak memerlukan banyak perlalatan. Selain kayu yang dibenamkanke dalam tanah, setiap pemain perlu memiliki getah induk masing- masing.
4.    Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah “lai la li tam plong”. Seterusnya menggunakan kaedah :wan tu som” bagi menentukan pemain terakhir.
5.    Setiap pemain meletakkan getah taruhan masing- masing di atas para.
6.    Pemain giliran pertama melakukan bidasan menggunakan gatah induk.
7.    Getah yang jatuh diambil menjadi miliknya.
8.    Getah yang mengena para tidak boleh diambil. Dibiarkan begitu sahaja.
9.    Setiap pemain berusaha mengambil getah teruhan bagi menambahkan koleksi masing- masing.



















AKTIVITI 15

TAJUK                : CARI APA DALAM PASIR
OBJEKTIF          : Pada akhir pembelajaran murid dapat melompat dan skip dengan
                             lakuan yang betul sambil mengecam dan mengumpulkan
                               objek- objek yang terdapat di dalam pasir.
TEMPOH MASA: 40 minit
BAHAN               : Gelun rotan, pasir, besen, kotak, bakul, biji saga, biji getah, daun,
                               anak batu, tudung botol, klip, kertas, pen, pemadam dan lain- lain
                                                                                                                                                                                           bahan yang sesuai.

SET INDUKSI:
1.    Murid berbaris dan dibawa ke padang oleh guru.
2.    Murid membuat bulatan besar dan guru/ ketua murid membimbing menjalankan aktiviti memanaskan badan.
3.    Guru membuat tunjukcara melompat dan skip dengan lakuan yang betul.



AKTIVITI:
1.    Susun murid dan peralatan seperti gambarajah di bawah.
2.    Sebelum permainan dimulakan, guru meminta murid- murid mengecam benda- benda seperti daun, anak batu, klip kertas, biji saga, buah getah, pemadam, pen dan lain- lain yang terdapat di dalam kotak.
·         Atur murid dan peralatan seperti gambarajah di bawah.
·         Sebelum permainan dimulakan, guru meminta murid- murid mengecam benda- benda seperti daun, anak batu, klip kertas, biji saga, buah getah, pen dan lain- lain yang terdapat di dalam kotak.















(Kumpulan A)

x x x x x x                                           10 m                          1m
 

                                                                               
(Kumpulan B)

x x x x x x                                            10 m                        1 m                               
 



x x x x x x                                            10 m                         1m
 



(Kumpulan A)                                                                                  
 

x x x x x x                                             10 m                          1m
 




3.    Arahan permainan:

·         Apabila wisel ditiup, murid yang berada paling hadapan bagi setiap kumpulan akan melompat ke dalam ketiga- tiga gelung tersebut dan seterusnya melakukan skip kea rah besen berisi pasir.
·         Mereka dikehendaki mengambil satu objek sahaja yang terdapat di dalam besen tersebut. Objek ini mestilah objek yang sama seperti apa yang mereka telah lihat di dalam kotak sebelum permainan bermula.
·         Objek yang dijumpai di dalam pasir ini diletakkan ke dalam bakul yang berada di hadapan mereka.
·         Selesai meletakkan objek tersebut, murid- murid ini dikehendaki pusing serta berlari semula ke kumpulan masing- masing dan mencuit tangan pemain kedua yang sedang menunggu.
·         Murid yang telah menjalankan aktiviti dikehendaki duduk di belakang kumpulan masing- masing.
·         Aktiviti ini diteruskan sehingga ke semua pemain telah menjalankan aktiviti tersebut.

PENUTUP:

1.    Guru dan murid sama- sama mengira objek yang dikumpulkan bagi setiap kumpulan. Satu markah diberikan kepada objek yang betul.
2.    Melalui markah yang dikumpul pada boring pemarkahan, murid menentukan pemenang tempat pertama sehingga tempat kelima.
3.    Menyemai nilai- nilai murni di dalam permainan.
4.    Aktiviti penyejukan badan.
5.    Mengemas peralatan.



CATATAN:

1.    Objek- objek selain dari apa yang dilihat di dalam kotak sebelum permainan bermula mestilah dicampurkan sekali didalam besen berisi pasir. Ini bertujuan untuk melatih murid berfikir dan mengingat semula serta dapat membuat pengecaman yang tepat.
2.    Aktiviti di atas boleh dijalankan sebanyak 1, 2 atau 3 pusingan bergantung kepada masa.


KUMPULAN
PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
PUSINGAN 3
JUMLAH MARKAH
Kumpulan A






Kumpulan B






CONTOH BORANG PEMARKAHAN